Thursday, May 31, 2012

PESONA RUMAH KAYU
 


  saya kurang pasti di mana kah letaknya lokasi rumah ni sbb jumpa gambar pun dalam flickr..namun saya amat teruja menatap gambar yang sangat cantik ini...bukan saja gambar yg sangat cantik,tetapi objek di dalam gambar ini iaitu sebuah rumah kayu yang amat mengujakan saya .Berkemungkinan ianya terletak di alam nusantara berdasarkan penggunaan anyaman kelarai bertam/buloh yang di gunakan sebagai dinding.sebab setahu saya penggunaan kelarai sangat sinonim dengan alam melayu.Mungkin ada yang bertanya apakah itu kelarai?..kelarai sebenarnya adalah seni anyaman yang di perbuat daripada samada mengkuang,buloh,bemban,bertam dan sebagainya .bahan2 tadi akan di anyam secara bersilang dan membentuk sesuatu corak untuk menghasilkan produk seperti bakul,tikar,dinding dan sebagainya...

Saya ingin menampilkan kelarai yang di perbuat daripada kulit bertam..walau bagaimana pun ramai yang tidak kenal apakah itu pokok bertam..anda boleh bayangkan pokok bertam adalah seperti pelepah kelapa sawit..tetapi bertam tumbuh secara serumpun dan tidak seperti pokok kelapa sawit yang tumbuh sebatang..pokok bertam mempunyai duri yang sangat banyak ..kegunaan utama kulit bertam adalah untuk membuat kelarai yang boleh di gunakan untuk membuat dinding atau siling...selain itu kulit bertam juga boleh di buat bidai(blinds) sebagai penghalang daripada sinaran matahari .Penggunaan bidai bertam agak meluas di malaysia di bandingkan dengan penggunaan kelarai..mungkin sebab faktor cuaca di malaysia yang agak panas sepanjang tahun..

Walaupun begitu penggunaan kelarai bertam masih lagi boleh di dapati di pasaran..dan dewasa ini penggunaan nya sudah agak komersil . penggunaan kelarai kini lebih menjurus kepada hiasan dalaman ..sudah banyak restoran2 terutamanya yang berkonsepkan melayu memilih untuk menampilkan kelarai bertam sebagai dekorasi dalaman mereka samada untuk di buat sebagai panel dinding,atau panel pintu,juga panel siling..


 sebelum selepas pasang ceilingpasang ceiling






corak kelarai