Thursday, August 19, 2010

BUAT DUIT DARI RUMAH –back to basic

Anda dah penat try buat duit dari rumah dengan internet?Dah cuba macam2 program internet tapi masih tak berjaya?.Dah pergi kursus membina laman web tapi website anda belum mampu menjual apa2 pun?Dah belajar buat blog tapi blog anda cuma merapu yang bukan2?.saya cadangkan anda back to basic.Apa maksud saya back to basic?Maksud saya buat duit ikut kemampuan anda sendiri bukan mengikut kemampuan orang lain.Sebagai contoh,anda melayari internet dan terjumpa iklan macamana buat duit dengan internet dengan mudah.Anda di sajikan dengan tips2 serta paparan income yang masuk ke dalam akaun pengiklan tersebut.Anda pun terus menanam cita2 untuk menjadi seperti mereka.Memang tak salah anda bercita2 seperti itu.Tetapi percayalah,sudah ramai yang mencuba namun masih gagal.Punca utama ialah anda cuba untuk menjadi orang lain dan bukan diri anda sendiri.Di sinilah minat memainkan peranan, yang menjadikan orang lain tidak sama dengan anda.Orang lain berjaya sebab mereka mempunyai minat yang mendalam dalam perniagaan internet yang mereka pilih.Mereka membuat penyelidikan tentang apa yang mereka usahakan tanpa rasa jemu dan putus asa.Tanyakan pada diri anda samada anda betul2 minat dengan program internet yang anda sertai sekarang?Minat yang macamana?Minat betul2 atau sekadar minat sebab anda ingin menjadi seperti idola anda atau hanya sekadar ingin mencuba?Minat sahaja pun tak kan membawa anda ke mana2 kalau anda tidak mempunyai ilmu dan kesungguhan.

Back to basic ingin mengajak anda untuk merenung dan menilai diri anda sendiri.Apa kelebihan yang anda ada?Apakah kepakaran dan bakat yang anda ada.Mustahil kalau anda tidak mempunyai kelebihan langsung.Kita semua sebenarnya dianugerahkan dengan kelebihan masing2.Jadi gunakan lah kelebihan yang anda ada itu untuk menjana pendapatan dari rumah.Kalau anda suka memasak ,gunakan kepakaran memasak anda untuk mengusaha kan perniagaan catering misalnya.Atau pun anda boleh membuat kursus memasak dari rumah dengan bayaran tertentu..Berapa ramai mereka yang tak pandai memasak?Yang pandai memasak secara ala kadar pun tak kurang juga bilangannya.Di sini lah potensi anda untuk membuat duit.Kenapa tidak anda jadikan kelebihan anda itu sebagai modal untuk membina sebuah perniagaan yang berjaya?Kenapa sebaliknya anda mesti memilih untuk jadi blogger ?Bukan kah pakar memasak dan pakar membuat blog amat jauh perbezaannya?

2 comments:

  1. betul kata mu, ilmu tak mendalam tntg internet jd tak bleh nak melangkah jauh, akhirnya blog menjadi diari dan tempat pertemuan rakan2 untuk berkongsi cerita dan pengalaman.
    sy pun cari duit dirumah dgn menjahit, Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. tahniah...keep it up dengan bisness menjahit puan..tapi jgn abaikan terus medium internet untuk mengembangkan lagi bisness yang sediada..

    ReplyDelete