Wednesday, August 18, 2010

LAGI TERPEDAYA PELABURAN LINTAH

Sentral: Mangsa 'lintah darat'
Oleh Suzaini Sulaiman
bhnews@bharian.com.my
2010/08/18


Seorang pelabur, Rozaidah Abdul Razak, 37, berkata beliau hanya mendapat RM20,000 daripada RM50,000 yang dilaburkannya pada November 2008 hingga November 2009.

“Setiap satu lot bernilai RM10,000 dan mengikut perjanjian, kami akan mendapat RM1,500 sebulan bagi tempoh tiga tahun selepas lintah membesar pada bulan keempat tarikh pelaburan.

“Pada mulanya saya hanya melabur satu lot tetapi berikutan promosinya hebat dan disokong MECD ketika itu membuatkan saya lebih yakin,” katanya ketika ditemui Sentral.

Beliau turut menunjukkan sijil kursus yang dihadirinya yang ditandatangani Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang yang mempunyai logo Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan MECD.
Sentral difahamkan lebih 300 menjadi mangsa penipuan syarikat pengusaha lintah terbabit termasuk pengusaha yang meminjam kewangan daripada Yayasan Tekun Nasional (TEKUN) dan MARA.

Malah, ramai penjawat awam juga membuat pelaburan itu kerana mereka dijanjikan pulangan yang amat memberangsangkan tanpa membuat apa-apa kerja.

Tapak projek ternakan lintah di Kampung Sungai Yu juga dikatakan sudah tidak berfungsi dan tiada lagi tangki ternakan lintah yang boleh digunakan.

Maimunah Karim, 57, sebagai pewaris anaknya yang melaburkan seluruh wang simpanannya RM50,000 terkilan kerana tidak menduga turut menjadi mangsa penipuan.

“Pada awalnya rakan menggalakkan saya untuk menyertainya kerana kami yakin adanya ladang yang besar, manakala kursus pula dikendalikan MECD bersama MARA.

“Saya tidak membaca isi kandungan surat perjanjian kerana cukup yakin dengan skim pelaburan ini dan kecewa kerana baru tahu mengikut perjanjian itu, kami tidak boleh mengenakan tindakan undang-undang terhadap mereka,” katanya sambil menunjukkan surat perjanjian.

Norhayati Ahmad 31, pula memohon skim pinjaman TEKUN semata-mata untuk melabur kerana menjangkakan pulangan yang lumayan.

“Ramai lagi rakan saya yang meminjam melalui TEKUN menjadi mangsa kerana mereka berjanji akan membayar pinjaman kami dan kami hanya menunggu keuntungan saja.

“Kami amat kecewa kerana mereka sanggup menggunakan kemudahan yang diberikan kerajaan semata-mata ingin mengaut keuntungan,” katanya sambil menunjukkan resit pembayaran dari pihak TEKUN.

Penjawat awam, Salehuddin Hussin, 36, berkata beliau kecewa dengan tindakan pengusaha lintah terbabit kerana sudah melabur hampir RM90,000 untuk syarikat itu.

“Kami tidak tahu kepada siapa ingin meluahkan kekesalan dan kemarahan ini kerana kami masih berharap mereka boleh menjelaskan bayaran yang dijanjikan.

“Apabila kami cuba menghubungi mereka, ada saja alasan yang diberikan seperti pasaran tidak menguntungkan, tiada pembeli atau masalah ternakan tidak menjadi,” katanya.

SUMBER HTTP://WWW.BHARIAN.COM.MY 18/8/2010



zackmohd says,
Puas jugak saya mencari jawapan kenapa benda ni boleh berlaku..bayangkan pelaburan yang di lakukan bukan sedikit jumlahnya..puluhan ribu ringgit.Mudah ke untuk mendapatkan modal sebanyak itu?Berapa tahun agaknya di perlukan untuk mengumpul jumlah wang sebegitu banyak?Kalau makan gaji pun, perbelanjaran sarahidup sekarang bukannya sedikit..bayaran untuk pinjaman rumah,kereta,sara hidup keluarga sendiri...makan pakai,pelajaran anak2..tol,minyak kereta,hutang kad credit...adush!..pening di buatnya..Itu kalau makan gaji..ada pendapatan tetap tiap2 bulan..kalau setakad 2,3 ribu ,soru pun kadang2 terlepas..

Adakah disebabkan bebanan hidup yang terlalu berat ini,maka kebanyakan kita terdorong untuk merperjudikan sedikit wang yang kita ada untuk di laburkan di dalam pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang maha hebat pulangannya?Atau apakah kita sebenarnya kurang ilmu dalam menapis maklumat yang disogokkan sehingga tidak berjaya menepis habuan yang bakal dijanjikan yang ternyata hanyalah janji kosong.

No comments:

Post a Comment