Monday, August 9, 2010

LEMBU PAWAH

Beberapa hari lepas semasa shopping di sebuah hypermarket,ada group tengah promosi program lembu tenusu secara pawah..Maknanya kalau kita nak memelihara lembu tenusu,kita tak perlu sediakan lembu,kandang,makanan lembu,jaga lembu,perah susu lembu dan jual susu lembu tersebut.Semuanya akan di uruskan oleh sebuah syarikat sahaja..kita cuma invest …invest,sedap bunyinya tu.Kita sediakan sahaja rm sekian2 ikut pakej tertentu mengikut kemampuan kita. Bulan2 terima untung je…wah3 menarik tu..
Tetapi saya ingatkan kalau ada mana2 skim pelaburan ..buat lah kaji selidik dulu.jangan le terus redah je nak sign ..paling mudah selak dulu dalam forum di internet.Mungkin ada maklumat yang boleh anda jadikan panduan sebelum anda membuat keputusan..duit kalau masih berada dalam tangan kita ,kita masih boleh handle samada nak belanja kan ke tau tidak.Tapi kalau dah terlepas kat tangan orang untuk diuruskan….faham2 je lah..Cuba baca kisah2 mereka yang pernah melabur dalam skim2 pelaburan sebelum ni…cacing,lintah,sarang burung,lembu pawah.,cili,,,dan macam2 lagi…

No comments:

Post a Comment