Monday, August 9, 2010

PELABURAN IKAN KELISA

PELABURAN DALAM IKAN KELISA
Pernah tengok ikan kelisa?...ikan hiasan yang memang cantik …Bertuah sungguh bumi malaysia ini kerana di anugerahkan salah satu spesis ikan kelisa antara yang termahal di dunia..kalau tak salah namanya Malaysian Golden Arowana..spesis ini cuma boleh di dapati dari habitat asalnya di tasik Bukit Merah,Taiping,Perak..Kalau anda biasa menggunakan perkhidmatan ktm, mesti anda tau tempat ni.
Saya bukan lah peminat arowana..saya lebih berminat pada mereka2 yang memanafaatkan ikan kelisa itu sendiri…Dua hari lepas ada terbaca tentang pelaburan ikan kelisa dalam akhbar harian..Macam biasa….mencari pelabur untuk melabur sejumlah wang di dalam penternakan ikan kelisa..macam klise je bunyinya dengan skim2 pelaburan sebelum ni !…tak payah ada kolam ikan kelisa,tak payah tau teknik membela ikan kelisa,tak payah upah pekerja jaga kolam ,tak payah install cctv untuk tengok samada ada penceroboh atau tidak,tak payah pening2 siapa pembeli..dan segala2 nya tak payah…anda hanya layak menguruskan yang mudah2 saja iaitu keuntungan....Lojik pun,mana ada orang yang memilih untuk bersusah payah di zaman ni betul tak?..semua memilih yang mudah dan senang saja…Pendek kata yang payah2 semua akan di lakukan oleh syarikat yang ditelah anda amanahkan untuk malaburkan duit pelaburan anda tersebut..paling kurang pun 5k..berapa pulak pulangan yang anda dapat?..wow..hebat….yang ni anda kena cari sendiri sebab dengar citer main ratus2 percent jugak!..cepat pulak tu…tak salah saya anda melabur hari ni..dua bulan dah dapat keuntungan..
Macam yang pernah saya ingatkan sebelum ni(lembu pawah)..saya harap siapa2 yang rasa macam nak melabur dalam pelaburan ikan kelisa ni…belek dulu dalam internet..pergi ke forum2 berkenaan pelaburan dan dapatkan maklumat secukupnya ok…daripada kes yang lepas2 anda boleh nilaikan sendiri samada skim2 pelaburan seperti ni berbaloi untuk anda sertai atau tidak..

No comments:

Post a Comment